Tular 2 lelaki gelang ‘pink’ naik motosikal, ini penjelasannya

1469

Video dua individu memakai gelang ‘pink’ yang menaiki motosikal tular di media sosial.

Kejadian itu membimbangkan orang ramai kerana seharusnya mereka tidak boleh berada di luar. 



Namun, Ketua Polis Daerah Pendang, Kedah, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata pihaknya membuat siasatan berhubung hal itu.

Jelasnya, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan adalah kontak rapat kes positif Covid-19 dan diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pendang untuk hadir jalani ujian Covid-19 pada Selasa.

“Setelah selesai ujian saringan Covid-19, dua individu itu dipakaikan gelang pink untuk tujuan kuarantin kendiri.

“Video dirakam semasa dua individu tersebut dalam perjalanan balik ke rumah untuk tujuan kuarantin,” ujarnya.

Terdahulu, video itu tular pada Selasa selepas dikongsi di halaman Facebook ‘Kongsi Segala Info’ sehingga mencetuskan perdebatan ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here