Hyundai lancar i30 Fastback N Limited Edition (2021) di Australia, 500 unit sahaja!

1157

Hyundai memperkenalkan i30 Fastback N Limited Edition (2021) ke pasaran Australia. Edisi Terhad itu hanya didatangkan dalam jumlah 500 unit.

Model tersebut dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa 276hp dan tork 392Nm bersama transmisi manual 6-kelajuan atau  dwi-klac 8-kelajuan.

Model yang dilengkapi dengan transmisi dwi-klac hadir dengan mod N Grin Shift, N Power Shift dan N Track Sense Shift.



Selain itu, Hyundai turut menawarkan lima mod pemanduan berbeza termasuk mod N Custom yang mana sistem akan menyelaraskan enjin, suspensi, ESC, pembezaan slip terhad elektronik, ekzos pemboleh ubah aktif, stereng dan transmisi.

Pemilihan rim aloi 19-inci mampu mengurangkan berat kereta sebanyak 14.4kg, dan kerusi bucket dengan balutan Alcantara memeluk badan pemandu dengan sempurna. 

Hyundai juga menyediakan pilihan tambahan iaitu bumbung suria/panorama pada harga USD1,102 (RM4,661).

Hyundai i30 Fastback N Limited Edition (2021) didatangkan dengan tujuh pilihan warna badan yang dijual pada harga:

  • Transmisi manual 6-kelajuan: USD36,000 (RM152,316)
  • Transmisi automatik 7-kelajuan: USD38,200 (RM161,624) 
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here