Pemilik pertama lelong Acura NSX Type S (2022) pada harga RM4.6 juta

1639

Baru baru ini Honda melancarkan Acura NSX Type S (2022) dan model  pertama dilelong pada acara Monterey Car Week, Amerika Syarikat (AS) pada harga AS1.1 juta (RM4.6 juta).

Semua dana dari lelongan akan disumbangkan kepada badan amal, termasuk program pendidikan STEAM (sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik) untuk belia yang kurang berkemampuan di seluruh negara dengan kerjasama Pusat Sains dan Industri (COSI).



Pemilik model Acura NSX Type S yang dilelong itu ialah Rick Hendrick. Dia yang merupakan pemilik Hendrick Motorsports dan Hendrick Automotive Group itu pernah menjadi pembeli pertama model lain seperti Corvette Stingray (2020), Ford GT Heritage Edition (2019), Acura NSX (2017) dan Chevrolet Camaro ZL1 1LE (2018). 

NSX Type S dikeluarkan sebanyak 350 unit merupakan model terakhir sebelum ditamatkan pengeluarannya.

Kereta sport itu didatangkan dengan spoiler belakang dan sil tepi yang diperbuat daripada gentian karbon manakala diffuser belakang jenis karbon adalah sama seperti kereta lumba NSX GT3.

Bahaguan bumbung juga diperbuat daripada karbon. Manakala kemasan Alcantara disematkan pada bumbung kabin bersama sulaman logo NSX pada perehat kepala.

Kereta sport hibrid itu menggunakan enjin V6 3.5 liter turbo berkembar dengan tiga unit motor elektrik yang menghasilkan kuasa 600hp dan  tork 667Nm.

Tempahan sudah dibuka pada harga serendah AS169,500 (RM717,917). Jika memilih pakej Lightweight, harga ialah AS182,500 (RM772,978).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here