Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom kini beroperasi hingga hujung minggu

2310

Ramai pemilik kenderaan tidak dapat meluangkan masa untuk melakukan pemeriksaan kenderaan di cawangan Puspakom.

Justeru itu, pihak Puspakom mengumumkan Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom akan beroperasi setiap hari dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).



Perkhidmatan itu bertujuan menjimatkan masa serta memudahkan pemilik kenderaan berurusan bagi menjalankan pemeriksaan kenderaan tanpa perlu mengunjungi cawangan Puspakom.

Namun pelanggan perlu membuat temujanji di laman rasmi Puspakom ataupun menghubungi nombor talian mengikut negeri masing-masing.

Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak menjalankan servis penilaian dan pemeriksaan di rumah pelanggan mahupun pejabat dengan syarat kawasan tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan. 

Caj perkhidmatan (tidak termasuk caj pemeriksaan) kebiasaanya bermula daripada RM100 bagi sebuah kenderaan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here