Penat berjalan, Paris Hilton guna skuter elektrik bergerak dalam rumah

1396

Anda tahu anda kaya apabila memiliki rumah agam bahkan berjalan dari bilik tidur ke dapur sudah cukup membuatkan anda letih. 

Sedangkan kita jarak antara ruangan dalam rumah hanya perlukan beberapa langkah saja. Bagi menangani masalah tersebut, ini yang dilakukan Paris Hilton apabila terlalu penat berjalan di salah satu kediaman miliknya di Beverly Hills.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Paris Hilton (@parishilton)



 
Paris berkongsi imej berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya dengan kapsyen, “jika anda miliki pilihan antara berjalan atau tunggang skuter…pilih skuter”.

 

Paris menggunakan skuter elektrik Inokim Light yang mana produk tersebut mampu memecut hingga 35kmj dan didatangkan dengan bateri litium ion 36 volt.

Pengecasan bateri penuh mampu menawarkan perjalanan sejauh 30 hingga 45km. Inokim merupakan skuter elektrik premium yang ditawarkan dengan empat pilihan varian iaitu OX, OXO, Light, Quick4 dan Mini.

 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here