Pengusaha tepung bawa 10 beg duit syiling beli kereta secara tunai

2549

Di China, ini bukan kali pertama pelanggan membeli produk menggunakan duit syiling.

Terbaru, seorang lelaki pengusaha tepung dari Zhoukou, wilayah Henan, China membeli sebuah kereta yang berharga Yuan 51,000 (RM33,163) secara tunai menggunakan duit syiling. 



Lelaki itu membawa 10 beg berisi duit syiling bagi membeli kereta untuk anaknya itu ke pusat jualan kereta tersebut.

Kakitangan pusat jualan kereta, Chen berkata itu adalah kali pertama mereka berurusan dengan pelanggan yang mahu membayar menggunakan duit syiling sepenuhnya.

Walaupun terkejut, wakil jualan berkenaan menerima bayaran tersebut dan lebih daripada 20 kakitangan diperlukan untuk mengira duit syiling itu yang mengambil masa lebih daripada tiga jam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here