Pesawat baru mendarat wanita terus nyalakan rokok cetus kemarahan penumpang

1545

Syarikat penerbangan komersial tidak membenarkan merokok dalam kapal terbang atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun masih ada yang tidak faham bahasa walaupun sudah di tahun 2021. Mungkin juga kerana lama tidak ‘terbang’ ada penumpang lupa protokol penerbangan.



Di TikTok tular satu video yang menunjukkan seorang penumpang wanita menyalakan rokoknya sebaik pesawat Spirit Airlines menghampiri landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale, Amerika Syarikat.

Ketika wanita itu menyalakan rokoknya, penumpang tersebut memberitahu kru kabin tetapi tiada tindakan di ambil dan meminta wanita itu berpindah ke tempat duduk lain.

Namun, seorang kru kabin bertindak memanggil pegawai penguatkuasa dan membawa keluar penumpang wanita berkenaan daripada pesawat.

Penumpang tersebut akur dengan arahan bagaimanapun tidak ada penangkapan yang dibuat, kata pihak berkuasa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here