Porsche buka kilang di Malaysia, model CKD dipasarkan tahun depan

1725

Porsche bakal memenuhi keperluan pasaran di peringkat Asia dan meluaskan perkhidmatan kejuruteraan global dan kapasiti pemasangan jenama itu. 

Bermula tahun depan pengeluar kereta mewah itu  mengukuhkan keberadaan jenama itu di pasaran Asia Tenggara dengan melaksanakan rangkaian pengecasan berprestasi tinggi rentas sempadan pertama di rantau ini bersama Shell dan menubuhkan kilang pemasangan tempatan (CKD) berskala kecil di Malaysia. 



Porsche dengan kerjasama Sime Darby Berhad itu akan memasang model keluaran 2022 dan seterusnya untuk memenuhi keperluan tempatan dan bagi pasaran Malaysia sahaja.

Ahli Lembaga Eksekutif Pengeluaran dan Logistik Porsche, Albrecht Reimold berkata barisan pengeluaran baharu di Malaysia hanya memenuhi keperluan pasaran tertentu.

“Walaupun projek kendiri dengan ukuran dan kapasiti sederhana pihak Porsche bersedia  untuk belajar dan sesuaikan diri dengan keadaan pasaran tempatan tertentu.

“Kami bernasib baik kerana perancangan yang teliti, kilang-kilang sedia ada dapat memenuhi permintaan global semasa dan akan datang,” jelasnya.

Tambahnya, Malaysia dan keseluruhan Asean adalah rantau yang memiliki potensi besar dan pihak Porsche menantikan model CKD pertama yang bakal menemui pelanggan tahun depan. 

Ketika Porsche bergerak ke era mobiliti baharu, Malaysia dan rantau Asean semakin penting. Langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif jangka masa panjang bagi memenuhi  permintaan pelanggan dan pasaran yang berkembang pesat.

Selama 10 tahun terakhir, Porsche menjalani hubungan erat dengan  Sime Darby Berhad sebagai pengimport dan pengedar eksklusif kereta sport itu di Malaysia. 

Kerjasama itu disokong dengan pangkalan peminat Porsche yang berkembang di Malaysia dengan peningkatan jualan sembilan peratus pada tahun lalu walaupun dalam keadaan yang mencabar.

Sebagai antara negara Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA), Malaysia menawarkan peluang perniagaan yang besar dan landskap automotif yang mapan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here