160,000 kenderaan sehari dijangka ke Pantai Timur apabila sempadan negeri dibuka

1190

Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan jumlah kenderaan bakal bertambah 150,000 ke 160,000 sehari ke Pantai Timur, apabila rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi.

Ketua Operasi dan Penyelenggaraan ANIH Berhad, Ainul Hasri Shah Abu Hassan, berkata pertambahan angka itu dijangka apabila penduduk Lembah Klang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung.



“Sudah tentu kami akan melakukan persediaan rentas negeri dan masing-masing 13 tol di plaza tol timur dan barat juga mencukupi dalam menangani pertambahan kenderaan ini.

“Bagaimanapun kita jangkakan rentas negeri kali ini akan berjalan lancar susulan lebuh raya Central Spine Road (CSR) dari Bentong ke Gua Musang (laluan Pantai Timur) dijangka mula dibuka hari ini,” katanya. 

Setakat ini, pihak ANIH Berhad tidak mengetahui bila pertambahan itu akan bermula kerana ia tertakluk kepada pengumuman kerajaan.

Ainul Hasri Shah juga menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan termasuk siap sedia menambah nilai Touch ‘n Go dan eWallet.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here