Pemandu Lamborghini dipenjara 2 minggu dan denda RM9,000

901

Terdahulu, tular sebuah Lamborghini Superleggera yang dipandu seorang lelaki pada kelajuan 200kmj telah hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang.

Lelaki tersebut yang tidak mempunyai lesen memandu telah didapati memandu dengan melulu dan membahayakan kepada orang awam sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan teruk kepada enam buah kenderaan lain.



Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Rahman Abdullah,28, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara boleh sampai lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dikenakan penjara dua minggu bermula dari tarikh tangkap pada 6 Oktober lalu dan penjara lagi lima bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda sebanyak RM9,000 serta tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun.

BACA>> Lamborghini sodok kereta hingga terbalik, pemilik dedah kereta dipandu pekerja bengkel bukan kereta sewa

BACA>>Twerk tengah jalan sesak, wanita ini tampar penutup minyak Mercedes hingga tertanggal gara-gara kaki kena langgar tayar

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here