Honda Jazz merah elak bayar tol rupanya insiden lama….

1503

Inovasi kamera papan pemuka bukan saja membantu pemilik apabila berlakunya kemalangan bahkan kadang-kala merakam kejadian di luar dugaan dan pelik.

Kebelakangan ini banyak kisah tular berkaitan kenderaan mengelak membayar tol dengan mengikut rapat kenderaan di depan. 



Terbaharu, video berdurasi 32 saat yang dimuatnaik akaun Twitter @jnmalaysia tular yang menunjukkan seorang pemandu Honda Jazz mengikut rapat kereta depan bagi mengelak membayar tol.

Tindakan itu disedari oleh kereta depan lalu pemilik menghentikan kereta sebaik melepasi palang. 

Gagal melepasi palang tol tersebut, Honda Jazz berkenaan segera mengundurkan kenderaan dan beralih ke lorong sebelah  lalu melakukan perbuatan yang sama. 

Percubaan kali kedua itu berjaya lalu dia memecut laju sebaik melepasi palang tol dan boleh dilihat kereta pertama tadi cuba menghalangi laluan Jazz terbabit.

Tindakan pemandu Jazz itu mendapat kecaman orang ramai. Malah ada yang berkongsi bahawa pemilik Jazz tersebut miliki 10 saman tertunggak yang berjumlah RM1900 setakat ini.

Bagaimanapun, difahamkan rakaman tersebut adalah sebuah video lama yang pernah tular pada  2019 tetapi ditularkan semula di media sosial.

“Pakai Honda, tapi takkan tak ada duit nak bayar tol kot? Dah tak lepas, laju betul dia undur, macam mana kalau terlanggar kereta di belakang.”

“Benda ini memang selalu jadi, sekarang je baru panas sebab ramai dah ada dash cam dengan media sosial. Padan muka, elok viralkan mereka ini.”

BACA>>Cucuk rapat, Honda HR-V berjaya celus palang tol

BACA>>Selepas City, Proton Waja pula elak bayar tol

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here