Utama Berita Automotif Petronas AutoExpert tawar diskaun servis 40 peratus buat petugas hadapan

Petronas AutoExpert tawar diskaun servis 40 peratus buat petugas hadapan

1754

Petronas AutoExpert menganjurkan kempen promosi penyelenggaraan minyak enjin dan kereta menerusi diskaun sehingga 40 peratus  bagi pakej minyak enjin Petronas Syntium termasuk sintetik penuh, semi sintetik serta mineral.

Kempen yang bakal tamat hujung tahun ini ditawarkan khas buat kakitangan dan petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan kerja keras mereka dalam menangani penularan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Hardeep Singh berkata kempen tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan.

“Kami dimaklumkan ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta melancarkan perjalanan mereka ke tempat kerja tanpa sebarang masalah.

“Sehubungan itu, bagi memastikan lebih ramai petugas barisan hadapan mendapat manfaat daripada kempen ini, kami telah menambah beberapa pusat servis lain di kawasan strategik sekitar Wangsa Maju, Bandar Puchong Jaya dan Bandar Baru Bangi,” jelasnya.

Untuk menyertai program ini, petugas barisan hadapan disarankan untuk membuat tempahan di cawangan Petronas AutoExpert antaranya di Shah Alam, Seri Kembangan, Semenyih, Kajang, Bandar Bukit Raja dan Bandar Bukit Raja. 

BACA>>Petronas nafi operasi mereka sebabkan bunyi kuat dan gegaran di Sabah
BACA>>#MOD: Dream Customs India Tawar Servis transformasi Honda Civic ke supercar Aventador SVJ
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here