Saman RM3000 jika kereta kotor di Dubai, tetapi ada syaratnya…

3071

Setiap negara ada undang-undang mereka sendiri dan mungkin bagi kita yang pertama kali tahu kedengaran agak pelik namun tidak bagi rakyat lokal.

Dubai sebuah negara kaya raya yang menjadi lokasi pelancongan mewah. Bahkan penduduk di sana sering memaparkan kehidupan status tinggi di media sosial menerusi kenderaan mewah dan haiwan peliharaan harimau. 



Tetapi tahukah anda di Dubai ada dua undang-undang pelik. Menerusi perkongsian pengguna akaun TikTok @irfan.khairi yang juga dikenali sebagai jutawan internet itu menjelaskan pemilik kereta di Dubai perlu memastikan kenderaan mereka bersih.

‘Kereta kena sentiasa bersih jika kotor akan disaman RM3000,” jelasnya menerusi video ringkas tersebut.

Sebenarnya, menurut IndiaTimes saman akan dikeluarkan sekiranya anda memakir kenderaan tersebut di ruangan parkir awam terlalu lama.

Jika dikesan oleh pihak berkuasa yang menjaga imej bandar, pengguna akan disaman sekitar dirham 500. Untuk mendapatkan semula kenderaan mereka perlu membayar  dirham 1500 atau dirham 3000 jika melebihi tempoh 30 hari.

Pihak berkuasa akan menyasarkan kenderaan yang kelihatan rosak (buruk) dan dibiarkan begitu lama di parkir sehingga kotor.  

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by بلدية دبي (@dubaimunicipality)

Notis akan diletakkan pada cermin depan dan pemilik diberikan 15 hari untuk membersihkan kereta sebelum kenderaan ditarik.

Lebih menakutkan sekiranya pemilik gagal memberi maklum balas dalam tempoh tersebut, kereta dihantar ke kawasan sekerap. Jika enggan membayar denda, kereta akan dilelong.

Undang-undang itu melibatkan kenderaan yang dibiarkan terlalu lama di parkir awam. Nampaknya pemilik yang ingin bercuti lama ketika musim panas perlu fikirkan keadaan kereta mereka jika ditinggalkan di parkir awam. 

Mengapa Dubai melaksanakan undang-undang sedemikian?, ini bagi menjaga imej estetika bandar tersebut selain tidak merosakkan pemandangan. 

Selain itu, jika anda terserempak dengan kemalangan di Dubai dilarang mengambil gambar jika tidak mahu membayar saman sebanyak RM50,000. Dah boleh angkat sebuah Proton Saga gais!..

VIDEO
@irfan.khairi

OK tak undang2 ni kalau di Malaysia? 🇲🇾😍

♬ original sound – ꧁༒ Swasthik ༒꧁ – ꧁☣✰Freefire✰☣꧂

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here