India hantar vaksin guna dron, hanya ambil masa 12 minit berbanding 4 jam guna jalan darat

915

Percubaan India menggunakan dron untuk menghantar bekalan vaksin ke kampung terpencil berhasil selepas menguji mekanisma dron tersebut pada 4 Oktober lalu.

Dron itu diterbangkan dari Bishnupur ke sebuah klinik kesihatan di Pulau Karang yang terletak di tengah Danau Loktak dan hanya mengambil masa 12 minit berbanding empat jam jika menggunakan perahu dan jalan darat.



Menurut Pakar dan Ketua Epidemiologi di Dewan Penelitian Medik India (ICMR), Dr Panda percubaan itu berhasil dan 10 orang daripada 3,500 penduduk pulau itu sudah divaksin.

Dron tersebut akan mula mengangkut vaksin ke kampung terpencil seperti Manipur, Nagaland, kepulauan di India timur, Andaman dan Nikobar yang biasanya memakan waktu 12 jam jika menggunakan perahu dengan melintasi pergunungan dan sungai. 

“Kami cuba pastikan tiada wabak di wilayah terpencil yang kurang penduduk dengan melaksanakan usaha pemberian vaksin segera.

“Ini kerana jika dijangkiti dan penyakitnya kronik, mereka tiada akses ventilator, perawatan intensif atau oksigen di daerah ini,” kata Dr Panda.

India bertekad memberi suntikan kepada seluruh penduduk yang mendaftar penerima vaksin pada akhir tahun ini hanya boleh dicapai sekiranya dilakukan dengan kadar segera dan konsisten.

Data rasmi menunjukkan India sudah mengagihkan lebih 925 juta dos vaksin. Kira-kira 70 peratus dari daftar penerima vaksin sudah disuntik sekurang-kurangnya dengan satu dos.

BACA>>Dron gergasi UTHM mampu angkat beban 200kg, pecah rekod Malaysia Book of Records

BACA>>Menteri Pengangkutan India cadang ganti bunyi hon kepada muzik alat tradisional

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here