Utama Berita Automotif Suzuki Burgman Street (2026) dilancarkan di pasaran India

Suzuki Burgman Street (2026) dilancarkan di pasaran India

7

Suzuki melancarkan skuter Burgman Street yang telah dikemas kini untuk pasaran India. 

Biarpun disifatkan sebagai full model change, skuter ini masih kekal dengan enjin silinder tunggal 124 cc menghasilkan 8.3 hp pada 6,500 rpm dan 10.2 Nm pada 5,250 rpm. 

Antara perubahan ketara ialah dari sudut rekaan dan kelengkapan. 

Ia kini menampilkan pendekatan yang lebih ringkas dan kemas dengan garis badan yang lebih membulat. 

Lampu isyarat membelok juga lebih kecil, manakala lampu belakang pula kini berbentuk U terbalik. 

Antara kelengkapan lain termasuklah rim 12 inci, sistem brek cakera/dram, skrin paparan meter digital yang menyokong sambungan kepada peranti pintar, sistem kunci pintar, serta suis penghidup yang turut berfungsi membuka pelana dan penutup tangki minyak. 

Kapasiti tangki bahan api pula sebesar 5.5 liter. 

Berbanding model terdahulu, Burgman Street (2026) ini membawakan ukuran dimensi yang lebih pendek, sekitar 1,860 mm dan lebar 700 mm. 

Tinggi pelana pula sekitar 775 mm, atau 5 mm lebih rendah berbanding model lama. 

Skuter ‘mewah’ ini akan dipasang di kilang Suzuki Motorcycle India Ptd Ltd dan bakal dieksport kepada lebih 100 buah negara di seluruh dunia. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here