
General Motors dilapor sudah memberikan lampu hijau untuk model pengganti Chevrolet Camaro.
Menurut laporan Automotive News, produksi model baharu ini akan bermula hujung 2027 di kilang GM Lansing Grand River, iaitu lokasi sama yang digunakan untuk membina model terdahulu.
Model baharu ini ini akan berkongsi platform Alpha yang sama digunakan untuk sebuah sedan Buick baharu, dan mengekalkan sistem pacuan roda belakang.
Platform ini juga dikatakan mampu untuk menampung penggunaan nadi empat silinder sebaris turbo hinggalah enjin V8 supercharger.
Cuma berita kurang enaknya, Camaro bakal dilahirkan semula sebagai model empat pintu, bukan dua pintu macam Camaro yang kita kenali.
Ini mungkin sekali akan mengecewakan ramai pihak terutama peminat tegar Camaro yang wujud sejak zaman filem pertama Transformers.
Namun, formulasi ini bukanlah sesuatu benda baharu, ia telah pun digunakan pada model Dodge Charger generasi baharu yang agak popular itu.
Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang dapat diketahui dan pihak GM sendiri tidak bersuara dengan lebih lantang.
Tetapi jika laporan ini tepat, satu perkara jelas: Camaro belum mati. Ia sedang berevolusi. Sama ada evolusi ini mampu memuaskan hati peminat tegar, itu cerita lain.
































