Pengguna China mahu ciri karaoke dalam kereta, BMW ‘pening’

1442

Permintaan dan keinginan pengguna China agak pelik. Bagi kita sistem infotainmen dengan ciri pemain muzik, radio dan konektiviti Apple Car Play mahupun Google Play sudah cukup. 

Namun, tidak buat rakyat China yang mana mereka mengambil serius satu hal iaitu karaoke dalam kereta. Sejak kebelakangan ini pengguna China meminta pengeluar menyediakan ketersambungan aplikasi karaoke misalnya Changba.

PENGELUAR LOKAL SEDIAKAN MIKROFON KARAOKE 



Pengeluar kenderaan lokal seperti BYD, Nio dan XPeng menuruti kehendak pasaran semasa dengan menyediakan ciri peralatan tersebut lengkap bersama mikrofon karaoke.

Bagaimana pula dengan jenama kenderaan Eropah. Tanpa ciri terkini itu agak sukar untuk mereka bersaing kerana tidak dapat memenuhi keinginan pengguna China.

“Ini adalah cabaran besar buat kita,” kata boss teknikal BMW, Christoph Grote. 

“Pelanggan China paling suka mendesak (permintaan tinggi) dan cerewet apabila berkaitan dengan teknologi digital dalam kereta,” jelasnya.

Walaupun menurut pengeluar barat ciri sedemikian tidak masuk akal, namun mereka tiada pilihan dengan menyediakan fungsi tersebut agar tidak ketinggalan. 

PENYUMBANG JUALAN KERETA TERBESAR BMW & VW

Ini kerana China menyumbang sebanyak 36 peratus bagi jualan global BMW manakala Volkswagen pula sebanyak 40 peratus. Oleh itu, kedua-duanya sangat bergantung pada pasaran China.

Jika anda tertanya-tanya dari mana datangnya gril besar BMW?, ia dihasilkan untuk memenuhi rasa mewah pembeli China dan menunjukkan status ‘kekayaan’. 

Pengeluar automotif Barat seperti BMW kalah di pasaran China yang menguntungkan kerana mereka tidak begitu cepat menggabungkan ekosistem digital dalam produk seperti mana jenama kereta China.

Perkhidmatan ini dikuasai oleh pemain tempatan, sementara syarikat multinasional tidak memiliki rakan kolaborasi untuk turut serta dalam ‘permainan’. 

“BMW telah menggabungkan fungsi untuk membayar yuran letak kereta, tetapi tidak menawarkan ciri karaoke namun…

“Anda memerlukan peta jalan teknologi untuk China dan anda memerlukan kemampuan tempatan,” kata Grote.

BMW USAHA TAWARKAN CIRI KARAOKE

Buat masa sekarang BMW masih belum memiliki aplikasi karaoke dalam kereta namun mereka sedang bekerja sama dengan Tencent Holdings bagi menyediakan fungsi tersebut menerusi aplikasi pembayaran parkir yang popular di sana iaitu WeChat Pay.

Tambah Grote, BMW juga merancang menggunakan kerjasama yang wujud bersama syarikat Archermind Technology Nanjing tahun lalu bagi mengembangkan perincian terhubung dan terbuka untuk kerjasama dengan pemain ekosistem tempatan lain.

China merupakan pasaran terbesar kereta dunia dan citarasa pengguna di sana tidak sama dengan pembeli Eropah dan Amerika Syarikat misalnya.

Sebagai contoh, jika ke China anda akan mendapati beberapa tawaran kenderaan versi lebih panjang (long wheelbase) yang tiada di pasaran lain seperti BMW 3-series L, Peugeot a 508 L dan Range Rover bahkan Evoque L.

Bagaimanapun adakah sebenarnya mereka memerlukan ruang kaki lebih besar dalam kabin, tidak sebenarnya ia hanyalah sekadar simbol status!.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here