Berapa anda sanggup bayar untuk beli Bugatti Chiron yang terbakar ini?

3004

Buggati Chiron merupakan kenderaan hypercar yang tidak semua boleh miliki bahkan model tersebut hanya dikeluarkan dalam unit terhad di samping harga ‘kayangan’.

Tambahan Bugatti tidak lagi keluarkan model Chiron yang mana hanya ada 500 unit di dunia jadi peluang untuk memiliki hypercar tersebut adalah tipis.



Bagaimanapun anda boleh membeli sebuah Bugatti Chiron bahkan pada harga jauh lebih murah yang dilelong pada harga AS345,000 (RM1.4 juta) berbanding harga jualan sekitar AS3.26 juta (RM12 juta).

BACA>>Kos selenggara Bugatti Chiron Pur Sport boleh beli sebuah supercar baharu

Potongan harga yang banyak itu kerana jentera tersebut terbakar dan diiklankan di e-dagang copart. Berdasar beberapa gambar yang dimuat naik dapat dilihat kesan bakar pada sisi hud depan namun tidak dinyatakan punca kejadian. 

Beberapa kerosakan akibat kebakaran tersebut antaranya bahagian pintu pemandu, fender depan dan cermin yang pecah. 

Namun keadaan enjin tidak ditunjukkan dalam gambar. Untuk makluman Bugatti Chiron dijana oleh enjin W16 8-liter, empat pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa 1,479hp dan tork 1,600Nm.

Adakah anda sanggup untuk membeli model berkenaan?, perlu diingatkan kos baik pulih tidak murah kerana komponen Bugatti super mahal yang mana untuk menggantikan lampu depan saja anda perlu melabur sebanyak AS35,000 (RM145,418). 

BACA>>Bugatti bakal tonjolkan varian Chiron edisi terhad

BACA>>Buggati Divo Lebih Mahal RM 11.4 Juta dari Chiron

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here