Bila sebut sahaja kereta Myvi, pasti ada sahaja aksi luar biasa di jalan raya sehingga tular dan menarik perhatian ramai.
Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik di akaun TikTok @affendiderus yang menunjukkan sebuah kereta Myvi menunda sebuah lori yang dipercayai rosak.
Kejadian yang berlaku di lebuhraya itu sempat dirakam oleh beberapa orang netizen di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan bagaimana model hatchback itu boleh menarik lori yang lebih berat.
BACA>>Ini 4 sebab Perodua Myvi kekal kereta terlaris
Video itu meraih satu juta jumlah tontonan dan ribuan perkongsian di Facebook. Melihat di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat aksi yang dilakukan oleh kereta Myvi itu.
“Menyesal jual Myvi, banyak function rupanya.”
“Myvi part time towing kereta.”
“Myvi: saya tak terer bang saya cuba.”
@affendiderus KepitDap!!!
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar