Cafe Racer Versi Rim Lidi Di Pasaran Malaysia -Husqvarna

1151

Versi Rim Lidi(spoke edition) telah diperkenalkan oleh Husqvarna Motorcycle Malaysia hari ini.

Svartpilen 401 SE versi Rim Lidi

Tiga model diperkenalkan ialah Svartpilen 250 SE,Svartpilen 401 SE dan Vitpilen 401 SE.

Reka bentuk tiada perbezaan dengan model Svartpilen 250,Svartpilen 401 dan Vitpilen 401 yang telah dilancarkan pada awal 2021 lalu.



Yang pastinya rim lidi(spoke rim) sahaja jelas terdampar pada ketiga-tiga model.Namun dari segi teknoloji serta speksifikasi masih kekalkan seperti model sebelumnya.

Svartpilen 250S SE Spoke Edition

Menurut Husqvarna Motorcycle Malaysia harga berbeza dengan model sebelumnya dimana bagi ketiga-tiga model rim lidi penambahan harga sekitar RM5,000.

Bersempena pelancaran ini,secara automatik Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menawarkan Svartpilen 250 Spoke Edition(versi rim lidi).

Vitpilen 401 SE Spoke Edition

Upacara penyerahan replika kunci Svartpilen 401 SE Spoke Edition juga diadakan kepada pelanggan pertama yang memiliki model tersebut.

Nicholas Krilov 27, warga Australia yang baru 2 bulan menetap di Malaysia merupakan individu yang pertama memiliki Husqvarna Svartpilen 401 SE versi Rim Lidi.

Beliau yang bekerja di bahagian lojistik dengan sebuah syarikat perkapalan antarabangsa juga seorang penunggang tegar serta memiliki sebuah Superbike di Australia.

Harga yang ditawarkan bagi 3 model versi rim lidi adalah seperti berikut. Svartpilen 250SE RM29,500, Svartpilen 401 SE RM34,500 dan Vitpilen 401 SE RM34,500.

Anda boleh dapatkan motosikal di pengedar sah berikut:-

NORTHERN REGION
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd
Address: 2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya,
14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia. Contact No.: +6012-583 9699

CENTRAL REGION
Welly World Cycle Sdn Bhd
Address: No. 2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Contact No.: +6012-519 1200

SOUTHERN REGION
Wheel Riders Malaysia Sdn. Bhd.
Address: 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Malaysia. Contact No.: +6013-290 5007 / +6012-795 4046

EAST MALAYSIA
Ghee Hua Co Sdn Bhd
Address: Lot 136 & 137, Jalan Abell, 93100 Sarawak, East Malaysia. Contact No.: +6082-416 697

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here