Wajah baharu Perodua Myvi 2022 facelift terdedah ketika penggambaran iklan

2723

Tersebar tangkap layar berkenaan model Myvi facelift (D51A) di media sosial, yang difahamkan Perodua sedang menjalani penggambaran iklan bagi model tersebut yang pastinya satu perkembangan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Tangkap layar yang dimuat naik pengguna instagram @myvitesse

Menerusi tangkap layar tersebut mendedahkan perubahan kosmetik yang diberikan dengan agak jelas,  memandangkan hatchback paling laris itu telah berada dalam pasaran tanpa sebarang perubahan drastik sejak ia mula dilancarkan pada 2017.

Dari segi perubahan kosmetik, dapat dilihat Myvi facelift tampil lebih segar terutama sekali di bahagian depan dengan reka bentuk lampu, jeriji dan bampar serba baharu yang dipasang dengan lampu kabus/lampu siang jenis LED serta cermin sisi yang dicat hitam.



BACA>> Ini 4 sebab Perodua Myvi kekal kereta terlaris

Lampu utama yang dikemaskini, sepertinya Perodua telah menggugurkan lampu kabus bagi model spesifikasi tinggi, dan digantikan dengan DRL kecil. Rekaan bampar juga nampak seperti diberikan rekaan yang lebih bersegi, menjadikan bentuk X lebih ketara kelihatan di bawah.

Model ini menggunakan rim 15-inci yang sama seperti sebelum ini, dan mengenakan dengan pilihan warna baharu iaitu Cranberry Red yang lebih pekat untuk varian tertinggi Myvi, iaitu varian AV. Warna-warna sedia ada masih akan ditawarkan pada Myvi ini.

BACA>>Selepas video teaser, Honda Malaysia dedah foto lampu depan City Hatchback

Dilaporkan ia masih mengekalkan unit enjin yang sama tetapi transmisinya akan menggunakan D-CVT yang sama seperti Ativa. Selain transmisi baharu, Myvi facelift juga bakal menerima sistem keselamatan canggih terbaru yang turut digunakan pada Perodua Ativa. 

Dengan segala penambah baikan yang diterima pada Myvi Facelift 2022, harga yang ditawarkan bagi model ini juga bakal menyaksikan sedikit peningkatan. Bagaimanapun, harga sebenar model facelift ini hanya akan diketahui ketika pelancarannya kelak.

Adakah anda teruja dengan kemaskini yang diberi pada King of Highway Malaysia ini?Sama-sama kita nantikan!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here