Mercedes-Benz Malaysia perkenal dua varian CKD, harga serendah RM210,903

1011

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terus mengukuhkan segmen tempatannya dengan melancarkan dua model versi pemasangan tempatan (CKD) terbaharu di kilangnya di Pekan, Pahang. 

Dua model itu ialah GLA dan A-Class Sedan yang menawarkan dua varian bagi setiap model.



Model A-Class sedan didatangkan dengan varian A 200 Progressive Line dan A 250 AMG Line. Manakala, model GLA pula didatangkan dengan varian GLA Progressive Line dan GLA 250 AMG Line.

BACA>>Lexus ES 250 versi naik taraf kini di pasaran, harga mula RM295k

BACA>>Proton Saga jadi model pertama CKD Pakistan diikuti X70

Varian A 200 Progressive Line hadir dengan enjin bersesaran 1.33 liter turbo yang mampu menjana kuasa 163hp dan tork 250Nm. Manakala A 250 AMG Line ditawarkan dengan enjin 2.0 liter yang lebih berkuasa iaitu 224hp dan tork 350Nm.

Pelanggan boleh memilih antara warna putih, hitam, kelabu, perak dan biru dengan kemasan gentian karbon untuk A 200 Progressive Line. Sementara A 250 AMG Line menerima kemasan aluminium linear-grain.

Harga dan varian adalah seperti berikut:

GLA 250 AMG Line

 

  • GLA 200 Progressive Line (RM 242,888)
  • GLA 250 AMG Line (RM 278,888)

GLA 200 Progressive Line

  • A 200 Progressive Line (RM 219,888)
  • A 250 AMG Line (RM 249,888)

Bagaimanapun, harga yang dinyatakan ini adalah tanpa insuran serta termasuk pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model CKD sehingga 31 Disember 2021.

Mercedes-Benz Malaysia percaya bahawa pengembangan ini akan terus mengukuhkan tawaran tempatan disamping berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here