Guna cat tin conteng Lamborghini SVJ, ingat buruk tetapi…

572

Dalam proses mengecat kereta atau motosikal, boleh dikatakan ramai antara mereka sanggup menggunakan cat yang berkualiti dengan menghantar ke bengkel.

Bagaimanapun, ada juga yang mahu berjimat dan menggunakan cat dalam tin untuk mengecat kenderaan mereka.

Kadang-kadang benda yang murah seperti cat dalam tin juga akan memberi hasil mengagumkan, jika dibuat dengan teliti dan cermat.


Seperti video ini apabila Lamborghini Aventador SVJ dihiasi dengan cat tin yang dimuat naik oleh alecmonopoly dalam Instagramnya. Video itu sudah ditonton lebih 450,000 kali.

Proses menconteng jentera berprestasi daripada Itali itu dilakukan di kawasan terbuka dan ia dipenuhi penonton untuk melihatnya. Ramai daripada mereka merakam video dengan menggunakan telefon pintar masing-masing kerana ia adalah satu perkata pelik.

Jom Baca:   [Video] Penumpang tren bawah tanah terperangkap air separas pinggang di China

Buat pengetahuan anda, Lamborghini Aventador SVJ dijana enjin V12 inspirasi biasa dengan berkapasiti 6.5 liter yang menyalurkan 759hp.

Ia boleh memecut 0-100kmj dalam 2.8 saat dengan kelajuan maksimum mencecah lebih 350kmj.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here