Kuasa tular, pemilik BMW nombor plat fancy serah diri ke balai polis

13071

Tidak dapat dinafikan, kuasa viral dapat menyelesaikan isu dengan lebih cepat setelah disebarkan secara meluas di media sosial. 

Seperti yang terjadi pada pemilik BMW dengan nombor plat fancy ini. Rakaman video 11 saat itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya lain di sebuah laluan di ibu negara.



Setelah tular pmilik BMW kelabu berkenaan akhirnya menyerah diri ke balai polis. Pemilik yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun, dikenakan saman sebanyak RM300 atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, wanita tersebut hadir ke Balai Trafik Jalan Bandar untuk membantu siasatan pada 2.45 petang Isnin.

“Hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun telah membuat pengakuan bahawa kenderaan yang tular adalah miliknya.

“Saman di atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dikeluarkan dan pemandu telah menukar semula ke nombor pendaftaran yang asal,” kata Asisten Komisioner Sarifudin.

Semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Untuk makluman, jika didapati melanggar peraturan tersebut, pemilik kenderaan boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here