[Video] Meluru lintas jalan, kanak-kanak perempuan nyaris dilanggar!

2016

Seorang murid perempuan, nyaris dilanggar apabila meluru melintas jalan ketika keadaan trafik sibuk. 

Menerusi video papan pemuka itu menunjukkan kanak-kanak perempuan itu tidak menoleh bagi memastikan keadaan selamat sebelum melintas. Video 16 saat itu memaparkan sebaik tiba di pembahagi jalan, dia terus berlari menyeberangi jalan bertentangan tanpa melihat kenderaan yang datang dari sebelah kiri.



Mujulah dik…usia masih panjang dan tidak berlakunya kemalangan. Difahamkan kejadian itu berlaku di depan sebuah sekolah sekitar Terengganu, namun lokasi tepat dan tarikh kejadian tidak dapat dipastikan.

Seharusnya ibu bapa perlu mengajar perkara asas kepada anak mereka tentang perkara yang perlu dilakukan apabila ingin menyeberangi jalan dan lebih selamat jika ditemani golongan dewasa. 

Situasi yang berlaku itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang teringat kembali kisah kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah van baru-baru ini. 

“Trauma kes arwah adik yang berusia 7 tahun kena langgar van itu tak habis lagi awak pula main melintas macam tu, seriau tengok.”

“Ibu bapa pun satu, turun kereta pun tak, nak duk dalam aircond kereta, anaklah yang berlari kat kereta, aku perhati je masa ambil anak sekolah.”

“Jika apa-apa berlaku mula la salahkan ‘security’ la, sekolah la, tapi salah dia tak sedar.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here