Banyak betul beza Perodua Myvi facelift ini, Harga bermula RM45,700

5384

Selepas diperkenalkan pada 2017, ini mungkin masa yang sesuai untuk Perodua Myvi generasi ketiga menerima versi peningkatan untuk membuatkan ia lebih segar dan releven buat pasaran tempatan.

Tetapi tahukah anda, bagaimana proses Perodua menghasilkan Myvi facelift (dipertingkatkan)?



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, projek untuk menghasilkan Myvi facelift generasi ketiga itu bermula pada Februari 2019.

Menurutnya, bagi menghasilkan model itu, kos kira-kira RM50 juta digunakan yang mana ia dibangunkan dengan menggunakan 137,000 jam masa bekerja, selain dibantu pasukan Daihatsu Motor Company.

“Buat masa ini, jumlah sasaran adalah 6,000 unit sebulan untuk mendaftar model ini dan pengeluaran Myvi facelift sudah bermula pada 9 November lalu,” katanya baru-baru ini.

Apakah perbezaan dengan model sebelum ini?, kami huraikan secara terperinci seperti di bawah:

Perbezaan Luaran Perodua Myvi Facelift Bagi Varian (H/AV)

  1. Bampar hadapan dan jeriji baharu

2. Bambar belakang baharu

3. Lampu Utama dan Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED

4. Skirt depan dengan kemasan perak

Perbezaan Dalaman Perodua Myvi Facelift:

  1. Sistem infortaimen lebih besar, sama seperti Perodua Ativa

2. Roda stereng baharu 

3. Kerusi balutan kulit dengan kombinasi warna merah dan hitam (Varian AV)

Enjin Sama, Transmisi Baharu:

Myvi facelift generasi ketiga ini menggunakan transmisi baharu iaitu Dwi-mod CVT. Transmisi baharu itu memberi penjimatan bahan api sehingga 5 peratus berbanding sebelum ini.

Pada masa sama, ia lebih laju untuk pecutan 0-100km/j sehingga 20 peratus menjadikan:

  • Enjin 1NR (1.3 liter) – 11.5 saat
  • Enjin 2NR (1.5 liter) – 10.2 saat

Malah jika mahu lebih kuasa output, anda perlu menekan butang mod PWR yang terletak pada stereng.

Ciri Keselamatan Perodua Smart Drive Assist (PSDA) 

Bagi model kompak paling popular ini, ia dilengkapi ciri bantuan keselamatan PSDA termasuk Advance Safety Assist (ASA) versi 3.0 yang terkini dengan Autonomi Tahap 2 membabitkan:

  1. Adaptive Cruise Control
  2. Lane Keep Assist
  3. Blind Sport Monitoring 
  4. Rear Cross Traffic Alert
  5. Pre-Collision Warning (PCW) – Boleh mengesan kenderaan, pejalan kaki, motosikal dan basikal
  6. Pre-Collision Braking (PCB) –  Boleh mengesan kenderaan, pejalan kaki, motosikal dan basikal

Ini bermakna semua varian Myvi facelift mempunyai teknologi Autonomi Tahap 2 kecuali versi 1.3G terendah. 

Pilihan Warna

Menampilkan warna baharu iaitu Cranberry Red, yang hanya tersedia untuk varian AV. Warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Harga Mengikut Varian:

  • Myvi 1.3 G Basic – RM45,700
  • Myvi 1.3 G PSDA – RM47,700
  • Myvi 1.5 X -RM49,900
  • Myvi 1.5 H – RM53,900
  • Myvi 1.5 AV – RM58,800

Ini Spesifikasi Mengikut Varian

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here