[Video] Treler bawa bot Kastam tersangkut 30 minit di papan tanda Seberang Jaya

3444

Sebuah treler yang membawa muatan bot tersangkut pada papan tanda Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Difahamkan bot tersebut milik Kastam dan penghantaran menggunakan laluan darat kerana tempat yang ingin dituju tiada laluan air.



Kejadian yang berlaku ketika perjalanan dari pelabuhan Pinang Pinang menuju ke pejabat Kastam di Seberang Jaya diiringi kenderaan polis dan Kastam itu menyebabkan aliran trafik sesak teruk.

Ditambah lagi, ada sebuah lori yang muatan kontena mengalami kerosakan di laluan  tersebut.  Video yang dikongsi akaun Tiktok @hidayatboyka itu menjadi tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Menerusi video berdurasi 16 saat itu, dapat dilihat beberapa pasukan teknikal sedang membantu membuka bahagian atas bot tersebut bagi melepasi papan tanda berkenaan.

Difahamkan, treler itu dapat meneruskan perjalanan selepas tersangkut lebih daripada 30 minit.

@hidayatboyka

hahaha tampa song hahaha

♬ bunyi asal – yatboyka yatmaz – yatboyka yatmaz

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here