[Video] Punyala teruk kena langgar dia boleh kata sikit saja, siap ganti dengan popcorn!

5061

Siapa yang tidak sakit hati apabila melihat kereta bergaris dan kemek akibat dilanggar mereka yang tidak mahu bertanggungjawab. 

Menerusi perkongsian video akaun Tiktok @Cornesstochef, menunjukkan seorang lelaki kelihatan masih mampu bertenang selepas kereta Toyota Vios miliknya dilanggar.



Bahkan, suspek yang melanggar kereta lelaki tersebut turut meninggalkan sekeping nota bersama sebekas popcorn (bertih jagung) yang diletakkan di cermin depan keretanya sebagai ganti rugi.

Nota itu bertulis, “Sorry awak, saya terlanggar kereta awak sikit tadi, saya belanja popcorn ye, sorry.”

Selepas membaca nota yang ditinggalkan, dia terus melihat keadaan keretanya. Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila melihat bahagian yang kemek teruk di sisi belakang.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memahami perasaan lelaki berkenaan ketika itu dan ada juga yang terhibur dengan ganti rugi popcorn tersebut yang tidak berbaloi. 

Bagaimanapun, ada yang berpendapat kejadian itu merupakan kesan lama dari pelanggaran kerana ada kesan karat pada bahagian yang remuk, malah ada yang menganggap itu adalah satu teknik pemasaran untuk perniagaan popcorn lelaki berkenaan.

“Ini ganti dengan 100 ‘popcorn’ pun tak dapat pulihkan hati abang yang remuk itu.”

“Saya pun terkejut, pergi bawa tulisan itu pergi cari detektif Conan ke? semoga awak sentiasa tabah.”

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here