Lelaki Ini Memiliki Koleksi 1,200 Motosikal, 400 Daripadanya Jenama Honda

2186

Jika memiliki permainan seperti Hot Wheels dalam jumlah yang banyak, itu mungkin sudah biasa kita dengar atau lihat.

Bagaimana pula jika seseorang itu memiliki 1,200 motosikal sebenar. Mungkin ia boleh dianggap satu yang luar biasa untuk memiliki koleksi sebanyak itu, tetapi ia tidak bagi Brad Boyle ini.


Boyle memiliki 1,200 motosikal, dan menganggarkan 300 hingga 400 daripadanya adalah jenama Honda.



Beliau mula mengumpul motosikal sejak muda lagi ketika meminati sukan motorcross dan mula berjinak memiliki koleksi jentera dua roda. Namun beberapa tahun selepas itu, beliau sudah pun mengumpul 55 motosikal. Banyak tu!

Berdasarkan video yang dipaparkan, Boyle memiliki enam unit Honda CB750, tujuh unit CT70 dan beberapa model scrambler.

Apa yang menariknya, satu bilik yang ditunjuknya penuh dengan model Honda Monkey antara 17 sehingga 20 unit.

Untuk melihat apa koleksi yang Boyle memiliki, anda boleh lihat di video di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here