Huaying Yahama R6 Menyamai Yamaha R6 – ‘Copy Ori Ker ni?’

1821

Isu plagiat rekaan dalam bidang automotif di China bukan lagi perkara baharu. Untuk anda memperjuangkan hak plagiat mengambil masa yang lama seperti mana kes antara Jaguar Range Rover dan syarikat China Jiangling Motor Corporation. Dalam tempoh berkenaan syarikat terbabit sudah mengaut banyak keuntungan.

Terkini, ada lagi produk yang menjadi mangsa plagiat. Model Yamaha R6 menjadi korban terbaharu bahkan rekaan tampil persis sama, bahkan menggunakan nama yang serupa dengan kesilapan ejaan iaitu Huaying Yahama R6.



Penampilan yang sama dari depan hingga belakang boleh dilihat menerusi rekaan lampu depan dan belakang bahkan sehingga lampu henti.  Cuma bezanya lampu nyala siang (DRL) diganti dengan warna kuning. Bahagian kaki juga menggunakan suspensi terbalik (USD).

Jika Yamaha R6 menggunakan enjin 600cc, motosikal itu dilengkapi dengan enjin 500cc dua silinder berkembar sebaris yang menghasilkan kuasa 36.7hp dan tork 34Nm. Walaupun enjin 500cc namun ledakan outputnya sebaris dengan enjin 250cc.

Lebih mengerikan berat jentera terbabit 225kg dan tentunya akan wujud kekurangan kuasa dalam mendapatkan respons pecutan pantas.

Bahagian meter kelajuan digital penuh mengambil rekaan seperti Kawasaki ZX-25R. Sementara tayar yang digunakan cukup lebar iaitu 120/70-17 (depan) dan belakang 180 / 55-17 (belakang). Huaying Yahama R6 dijual pada harga Yuan 27,800 (RM17, 432).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here