Beli Lamborghini, Ford F-350 guna dana bantuan Covid, lelaki ini dipenjara 9 tahun

1500

Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Houston, Texas, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara lebih sembilan tahun selepas didapati bersalah menipu menggunakan dana bantuan Covid bagi membeli barangan mewah.

Menurut Jabatan Kehakiman, Lee Price III yang mengaku bersalah dengan memalsukan permohonan dan pengubahan wang haram berjumlah AS1.6 juta (RM6.73 juta) melalui Program Perlindungan Gaji (PPP) pandemik virus corona kerajaan Amerika Syarikat (AS).



Sebahagian wang daripada dana tersebut digunakan Lee Price bagi membeli sebuah kereta mewah Lamborghini Urus, kereta Ford F-350, seutas jam tangan Rolex dan perbelanjaan lain.

Selain itu, dia juga berbelanja sebanyak AS2,000 (RM8,420) di kelab penari bogel dan AS700 (RM2,945) bagi membeli minuman keras.

Price memalsukan permohonan untuk mendapat dana dengan mengemukakan bilangan pekerja, perbelanjaan gaji, rekod cukai secara palsu dalam setiap permohonan pinjaman tersebut.

Manakala, lebih 150 orang didakwa dalam 95 kes jenayah berasingan dan wang tunai lebih AS75 juta (RM316 juta) turut dirampas dalam bentuk dana yang diperoleh secara penipuan, bersama hartanah dan barangan mewah yang dibeli menggunakan wang tersebut. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here