Takut dicuri, pemilik RX-Z ini guna sistem imbasan cap jari hidupkan motor!

3210

Seiring dengan kecanggihan teknologi, pelbagai komponen selepas pasaran boleh anda dapatkan secara atas talian mahupun di kedai aksesori. 

Walaupun kenderaan yang anda miliki bukan di era millenium namun anda boleh menaiktaraf model tersebut menerusi komponen terkini yang ada di pasaran.



Seperti yang dilakukan oleh pemilik Yamaha RXZ ini. Motor panas itu sentiasa menjadi buruan peminat bahkan pencuri. 

Bagi melindungi motor tersebut, pemilik berkenaan tampil dengan idea imbasan cap jari bagi menghidupkan jenteranya. Sistem itu menggunakan rekod cap jari yang disimpan. 

Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 54 saat itu, motosikal RXZ berwarna biru tersebut dipercayai milik seorang mekanik, menggunakan kreativiti dengan manfaatkan penggunaan teknologi imbasan jari pada motosikalnya.
 
Video berkenaan mendapat pelbagai respons daripada netizen antaranya:
 

“Bagus idea ni, menangis pencuri nak start kalau curi motosikal ini, terpaksa curi jari pemiliknya sekali.”

“Kira pemiliknya je la boleh bawak, orang lain nak pinjam tak dapat la geng.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here