Buat hal lagi, polis kesan individu lagak marshal

6900
Polis sedang mengesan individu dalam rakaman yang yang tular di media sosial semalam selepas berlagak marshal dengan memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankannya.
 

Rakaman itu menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kereta dan bergerak ke kiri lorong jalan bagi membenarkan sekumpulan motorsikal berkuasa tinggi dalam jumlah lebih kurang 20 motorsikal melalui laluan berkenaan.

Dalam rakaman itu dipercayai konvoi berkenaan bergerak dari arah Kuala Sg Baru Alor Gajah Melaka melepasi kawasan Jalan Tg Agas Pasir Panjang, Port Dickson.
 
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidil Sham Mohamed berkata, pihak polis mengesan individu terbabit dalam rakaman dan menyeru kepada mana-mana yang memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
 
Menurutnya, seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan/ memberhentikan kenderaan/melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana Pegawai Polis.
 
“Pihak Polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai Polis Trafik  dalam mengawal lalu lintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam.
 
“Siasatan dijalankan bawah Sek.21 Akta Polis 1967, Sek.48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Halangan Lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar),” katanya dalam kenyataan media.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here