Pemandu pacuan empat roda nyaris langgar mangsa banjir

2031

Satu rakaman video tular, memamparkan beberapa individu yang mengharungi banjir nyaris dilanggar sebuah pacuan empat roda, tatkala situasi banjir di Klang serta beberapa bahagian di Selangor terjejas ekoran hujan lebat.

Menerusi video berdurasi 33 saat tersebut, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki sekumpulan individu cuba melanggar secara mengundur beberapa individu lain yang berjalan kaki mengharungi banjir. 



Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, menyebabkan individu-individu tersebut termasuk yang berbasikal terjatuh ke dalam air banjir setinggi paras paha dipercayai berlaku di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor.

Bagaimanapun, nasib baik perkara yang tidak diingini berlaku. Namun, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu tersebut, malah berpendapat tindakan tersebut seperti satu cubaan membunuh.

Berdasarkan maklumat dari pengguna Facebook kumpulan individu yang menaiki pacuan empat roda didakwa berada dalam keadaan mabuk. Malah ramai lagi yang terkena dengan mereka di laluan tersebut.

“Oi gila ke,” kata individu yang terjatuh tersebut.

“Naik 4×4 nak tunjuk hebat ke tu? kalau rasa gila jangan drive.. PDRM dah boleh angkut orang gila yang cuba nak bunuh orang ni.

“Driver Hilux hitam tu, ada niat membunuh…Boleh buat laporan balai ni.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here