MAS guna minyak masak terpakai sebagai campuran bahan bakar, penerbangan pertama Amsterdam-KLIA

1653
Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan tempatan dan pertama negara yang berdaftar menggunakan Sustainable Aviation Fuel (SAF) selaku bahan bakar.
 
 
Penerbangan pertama itu menggunakan pesawat komersial SAF, MH7979, yang dikendalikan oleh pesawat A330-200 Malaysia Airlines berjaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, Belanda.
 

Buat pengetahuan umum, bahan bakar ini meliputi campuran 38 peratus SAF yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai bersama bahan api jet konvensional. Penggunaan SAF, boleh mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 85 peratus berbanding bahan api jet yang konvensional.

Usaha itu terlahir daripada perjanjian bekalan antara PETCO Trading (UK) Ltd, yang merupakan cabang pemasaran dan perdagangan Petronas di Eropah serta Neste, pengeluar utama diesel dan SAF yang boleh diperbaharui di dunia, yang ditapis daripada sisa.

Pendaratan pesawat Airbus A330-200 pada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini secara jelas menjadi titik bersejarah buat industri penerbangan negara ke arah kelestarian negara menjelang 2025 kelak.



Setakat ini, 45 syarikat penerbangan merangkumi lebih 370,000 penerbangan telah turut serta pada penggunaan SAF sejak 2016 lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here