UMW Toyota Motor tawar diskaun 25 peratus baik pulih, tunda percuma untuk kereta terjejas akibat banjir

909

UMW Toyota Motor menawarkan Program Bantuan Banjir Toyota khas kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Pemilik Toyota yang kenderaannya terjejas boleh bertenang kerana Program Bantuan Banjir Toyota menyediakan:

  • Diskaun 25 peratus ke atas jumlah bil termasuk alat ganti dan caj buruh
  • Perkhidmatan tunda percuma
  • Penilaian dan sebut harga pada jangkaan kos pembaikan yang termasuk penukaran  bahagian
  • Menawarkan faedah 0% “Pelan Pembayaran Mudah” untuk pelanggan yang layak



Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, berharap Program Bantuan Banjir Toyota akan memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia.

“Pelanggan sangat berharga kepada kami dan melalui program ini, kami ingin meringankan sedikit beban mereka, walaupun hanya sedikit, untuk membantu mereka yang terjejas bangkit dengan cepat,” katanya.

Selain itu, pemilik Toyota boleh menghubungi 24SEVEN Road Assist Toyota untuk bantuan lanjut. Perkhidmatan itu terbuka kepada semua pemilik Toyota dan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Untuk mendapatkan bantuan, pemilik Toyota yang terjejas banjir boleh menghubungi Talian Bebas Tol Toyota kami: 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA). Untuk butiran lanjut mengenai Program Bantuan Banjir Toyota, lawati kami di www.toyota.com.my. Tertakluk kepada terma dan syarat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here