Honda tawar diskaun 25 peratus alat ganti buat kenderaan yang terjejas banjir

1209

Honda Malaysia mengumumkan Program Bantuan Banjir untuk memberikan bantuan kepada pelanggan Honda yang kereta mereka terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Program itu menawarkan kepada pemilik kereta Honda yang terjejas dengan diskaun 25 peratus untuk alat ganti tulen.

Program Bantuan Banjir menyokong perkhidmatan pembaikan untuk pelanggan Honda yang terjejas di kawasan yang dilanda banjir, dan program ini berjalan dari sekarang hingga 31 Januari 2022. 



Pelanggan yang terjejas dinasihatkan untuk berkunjung mana-mana pengedar sah Honda untuk proses penilaian dan perkhidmatan pemeriksaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, pelancaran Program Bantuan Banjir itu boleh membantu meringankan beban pelanggan.

“Kami berharap semua orang terus kekal selamat dalam masa yang mencabar ini,” katanya. 

Pelanggan Honda yang melanggan Honda Insurance Plus (HiP) boleh menikmati pemeriksaan percuma untuk kereta mereka bagi memastikan kenderaan selamat untuk dipandu dalam keadaan baik, terutamanya selepas banjir. 

Selain menyediakan perkhidmatan menunda kereta yang rosak akibat banjir kepada pengedar sah Honda terdekat, pelanggan HiP berhak menerima elaun banjir sehingga RM1,500 untuk meringankan beban mereka.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia bekerjasama rapat dengan syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan bagi pelanggan yang terjejas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Banjir dan HiP, pelanggan boleh menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau melayari laman web rasmi Honda Malaysia di www.honda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here