Misteri ‘kereta kebal’ terapung ditemui di perairan Indonesia

4298

Sebuah objek misteri yang dipercayai menyerupai sebuah kereta kebal tentera dijumpai terapung di Laut Natuna, Indonesia, bukan sahaja mendapat perhatian media tempatan bahkan antarabangsa. 

Pada awalnya, foto itu diambil oleh pekerja pelantar minyak di Laut Natuna, Indonesia yang terletak bersebelahan Laut China Selatan, kemudian ia tular di media sosial.



Jika diperhatikan pada imej tersebut bentuk objek itu seperti sebuah kereta kebal dengan turet dan meriam. Walaupun beberapa bahagian sudah berkarat namun sebahagian peralatan luarannya dilihat berada dalam keadaan baik.

Difahamkan sebuah kapal kendalian sauh OPS Astrid cuba mendekati objek terapung itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan air bergelora.

Difahamkan, Tentera Nasional IndonesiaAngkatan Laut (TNI AL) telah mengesahkan objek yang menyerupai sebuah kereta kebal tersebut tidak berbahaya. Objek tersebut merupakan milik sebuah syarikat minyak dan gas tempatan, Star Energy yang hanyut dari pelantar berkenaan.

Bagaimanapun, asal usul objek yang menyerupai kereta kebal itu tidak dapat diketahui. Malah proses pencarian objek tersebut masih berjalan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here