Kereta rosak tepi jalan, Putera Saudi beri kereta baharu kepada lelaki ini….

1795

Sifat kemurahan hati seorang Putera Saudi mendapat pujian ramai apabila menghadiahkan sebuah kenderaan kepada seorang pemuda di Mahayel, Asir.

Putera Turki bin Talal Al Saudi merupakan Gabenor Wilayah Asir di Arab Saudi sejak 2018. Beliau pernah mengambil bahagian dalam aktiviti dan program kemanusiaan dan pembangunan di peringkat serantau dan antarabangsa.



Peristiwa tersebut berlaku ketika beliau melalui jalan Mahail, Azir lalu melihat seorang pemuda bersama kenderaannya yang dipercayai rosak di tengah jalan.

Kemudian, beliau menghentikan keretanya dan bertanya sekiranya dia mempunyai kereta lain untuk digunakan. Lelaki tersebut membalas tidak memiliki kereta lain dan  Putera  tersebut mengajak lelaki tersebut menumpang keretanya.

Putera Turki kemudiannya membawa pemuda itu ke sebuah bilik pameran kereta dan membelikannya sebuah Toyota Hilux baharu dan menyerahkan kunci kepada lelaki tersebut sambil memberitahu: “Ini milik awak”.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here