#TahukahAnda: Ini tradisi pelik rakyat Perancis sambut tahun baru, memang ‘rare’

1246

Bagi rakyat Malaysia, sambutan tahun baru dimeriahkan dengan pertunjukan  bunga api. 

Namun, lain pula di Perancis. Sambutan tahun baru di sana dimeriahkan dengan satu tradisi pelik iaitu membakar ratusan kenderaan. Aneh bukan?.



Tradisi tersebut bermula sekitar 1990-an dalam kalangan golongan remaja sebuah kejiranan miskin Strasbourg. Semakin pelik kerana yang melakukannya bukanlah mereka yang kaya. 

Adakah tindakan tidak bermoral itu hanya sekadar memeriahkan lagi sambutan tahun baru agar kelihatan lebih ‘gempak’.

Tidak sebenarnya, mereka bertindak sedemikian kerana beberapa perkara termasuk menyembunyikan jenayah dan ingin membuat tuntutan insurans palsu.

Pada 2005 saja lebih daripada 8000 kenderaan dibakar sehingga memaksa kerajaan Perancis mengisytiharkan darurat. Manakala pada 2018, dilaporkan  sebanyak 1,290 kenderaan musnah dan 1,457 kenderaan (2019).

Bagaimanapun, tahun baru 2022 hanya 874 buah kereta dibakar dan menurut Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, angka tersebut berkurangan kerana pandemik. 

Tradisi berkenaan masih menjadi kerisauan besar buat Perancis setiap kali menjelang tahun baru. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here