Enam buah helikopter (MD 530G) milik ATM bakal tiba Mac depan

1305

Sebanyak enam buah helikopter tempur ringan, MD 530G milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibeli menerusi agen iaitu Halaman Optima/Destini Prima, kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Perkara tersebut disahkan oleh Syarikat MD Helicopters, Inc (MDHI) bahawa kesemua helikopter selesai menjalani ujian dan pemeriksaan akhir, serta lapan juruterbang dan sembilan mekanik dari Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) Tentera Darat Malaysia sudah selesai menjalani latihan di Texas.



Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook MD Helicopters, Inc. (MDHI), kesemua helikopter dalam proses pemeriksaan dan dijangka tiba di Malaysia Mac depan.

MD530G keluaran MDHI merupakan konfigurasi helikopter tempur ringan terkini yang berasaskan model rangka pesawat 500/530.

Menurut MDHI, model yang dibekalkan kepada Malaysia dilengkapi dengan sensor Wescam L3 MX10D dan sistem pengurusan senjata Pathfinder Ares Weapons Management System dari Tek Fusion.

Selain itu, ia dilengkapi dengan Dillion M134 Mini Gun, mesingan FN Herstal, pod mesingan dan roket, yang berperanan untuk tugas tinjauan dan serangan udara ringan yang boleh dioperasi pada waktu siang atau malam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here