Pemilik Yamaha boleh menebus baucar diskaun sehingga RM1,000

712

Hong Leong Yamaha Motor bersama-sama wakil Pengedar Sah Yamaha akan mengambil bahagian di dalam inisiatif “Pelaksanaan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

 



Inisiatif dan usahama ini merangkumi tawaran diskaun sebanyak 25% bagi kerja pembaikan serta baucar diskaun automotif sebanyak RM1,000 yang disediakan oleh kerajaan.

Walaubagaimanapun, tuntutan hanyalah tertakluk untuk membaiki kerosakan akibat bencana banjir pada motosikal milik persendirian.

Selain itu, baucar ini juga boleh diterima sebagai bayaran pendahuluan atau sebahagian bayaran untuk gantian motosikal baharu sekiranya motosikal tersebut mengalami kerugian secara keseluruhan akibat daripada banjir.

Semua tuntutan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan tarikh akhir tuntutan Baucar Diskaun Automotif ialah pada 31 Mac 2022.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan inisiatif ini, pemilik motosikal Yamaha yang terjejas boleh menghubungi khidmat pelanggan Hong Leong Yamaha Motor di talian 03 -6157 7011 atau layari https://www.yamaha-motor.com.my/feedback/.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here