Teruja pandu uji Ferrari SF90 Stradale, pemandu rempuh penghadang jalan

1340

Keterujaan seorang lelaki ketika pandu uji Ferrari SF90 Stradale bertukar malang apabila terlibat dalam kemalangan di Dubai.

Lelaki tersebut merupakan usahawan dari Ukraine, Alex Slobozhenko turut memuat naik rakaman video semasa kejadian di Instagram miliknya.



“Video yang ditunggu-tunggu oleh semua orang selama hampir sebulan – beginilah cara saya merempuh kereta Ferrari bernilai USD 1 juta (RM4.1 juta),” tulisnya di ruangan kapysen.

Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat Alex begitu teruja ingin menguji kepantasan Ferrari terbabit sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Video berdurasi 28 saat tersebut difahamkan dirakam oleh rakannya,  mendakwa kemalangan tersebut terjadi disebabkan masalah teknikal pada kereta tersebut, namun tiada kecederaan dilaporkan dan tidak melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, dia juga bernasib baik walaupun SF90 yang mengalami kerosakan di bahagian depan, ia masih boleh dibaiki dan hanya menelan perbelanjaan yang kecil.

SF90 Stradale tersebut menggunakan sistem plug-in hybrid dengan kuasa mencecah 986hp dan tork 800Nm. Pecutan  dari 0-100 kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.5 saat dengan kelajuan maksimum 340 kmj.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ALEX SLOBOZHENKO (@alex_slobozhenko)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here