Bidaan nombor plat BRA diteruskan walau berbunyi seksis

1703

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka meneruskan bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri BRA walaupun ia berbunyi seksis.

Menurut Utusan Malaysia, sumber JPJ memberitahu setakat ini tidak ada sekatan terhadap penggunaan siri plat pendaftaran kenderaan darat dengan huruf tertentu.



“Insya-Allah, huruf tersebut tetap diteruskan apabila tiba masa selepas siri BQY tamat sekitar April depan,” katanya.

Ketika ini, plat negeri termaju berkenaan baru sahaja melepasi siri BQV sebelum ia mencapai giliran huruf tengah baharu iaitu BRA pada Mei ini bergantung keadaan penjualan kenderaan.

Polemik gabungan tiga abjad tersebut tular diperkatakan segelintir warganet kerana sebutannya menyerupai pakaian dalam wanita dalam bahasa Inggeris.

“Itu mungkin sekadar pandangan persepsi masyarakat, tetapi, bagi pihak JPJ, kombinasi huruf sedemikian tiada pun melambangkan maksud spesifik kepada mana-mana benda.

“JPJ pada masa ini memang pun tiada polisi khusus yang akan mengharamkan siri huruf tertentu macam pernah dilakukan oleh Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) di Singapura,” jelasnya.

Sumber itu merujuk tindakan agensi republik tersebut pernah memansuhkan siri plat SEA sehingga SEZ kerana bantahan banyak pihak yang bimbang apabila berlaku giliran siri huruf SEX.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here