Itali tak bersedia korbankan Lamborghini, tetap produksi jentera bahan bakar selepas 2030

1243

Tahun ini merupakan tahun terakhir bagi model Lamborghini menggunakan bahan bakar, dan akan mula memperkenalkan barisan kereta elektrik hibrid plug-in (PHEV) sebelum beralih sepenuhnya kepada elektrik pada 2024.

Namun, ketika kebanyakan kerajaan Eropah bersiap sedia untuk melarang kenderaan enjin pembakaran baharu dijual di bilik pameran pada 2025 hingga 2030, pemerintah Itali tiba-tiba memberi pengecualian kepada dua jenama supercar.



Ferrari dan Lamborghini merupakan jenama asal Itali dan mereka jelas tidak bersedia mengorbankan  produk di bawah regulasi baharu berkenaan. 

Terbaharu Lamborghini memberi bayangan dan berharap agar dapat meneruskan pengeluaran kenderaan bahan bakar dan berkemungkinan besar akan menawarkan campuran jenis rangkaian kuasa selepas 2030.

Menerusi kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini Stephan Winkelmann, selepas hibrid mereka akan menunggu untuk melihat sama ada kemungkinan untuk menawarkan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman selepas 2030.

Satu kemungkinan adalah untuk mengekalkan enjin pembakaran dalam.”

Buat masa ini, Lamborghini bersedia menawarkan beberapa model PHEV seperti Lamborghini Sián FKP 37 dan Countach LPI 800-4 edisi khas yang dilancarkan pada tahun lalu yang memperuntukkan sebanyak euro 1.5 billion (RM7.11 bilion) untuk peralihan kepada penawaran PHEV.​

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here