Bentley warna ceria bakal dilelong dengan harga RM2.2 juta

746

Sebuah kereta Bentley Continental GT V8 yang didatangkan dengan warna biru, kuning dan merah dijangka akan dijual pada harga pound sterling 400,000 (RM2.27 juta).

Kereta tersebut direka khas untuk dilelong pada 2016 dan hasilnya akan disumbangkan ke badan amal kebajikan dengan kerjasama artis terkenal Sir Peter Blake.



Sir Peter Blake juga pernah mereka bentuk kulit album Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band 1997 yang dikeluarkan oleh kumpulan muzik rock Britain, The Beatles.

Namun hasil kerjasama tersebut, Sir Peter beralih kepada mencipta reka bentuk kereta Bentley yang berwarna-warni, Continental GT V8 S Convertible yang telah dijual dengan harga pound sterling 250,000 (RM1.42 juta). 

Kereta itu mula dijual di Bonhams Goodwood Festival of Speed, dan dijangka mencecah dua kali ganda apabila dijual di syarikat Bonhams pada 3 Mac akan datang.

Sejak dijual pada 2016, ia mencatatkan jarak perbatuan 1,342km dan disembur dengan warna-warna terang dengan imej hat berwarna merah pada bonet dengan latar kuning.

Selain itu, tandatangan pereka diletakkan pada ruang papan pemuka dan perehat kepala  setiap tempat duduk.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here