DARE – “Himpunan Geng Retro Terbesar di Utara”

1188

Darul Aman Raret’ro (DARE) dengan tagline Himpunan Geng Retro Terbesar di utara yang diadakan pada awal bulan ini meriah dengan kehadiran hampir 7,000 pengunjung.

Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 Februari lalu di Zaques Hotel Sungai Petani, Kedah, dan merupakan  yang terbesar pernah diadakan dengan masuk tahun kelima penganjuran.

Pelbagai aktiviti sampingan juga diadakan membabitkan pasar karat, jualan bundle, hooligan Camp, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta demo dan klinik BMX.



Acara itu dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas dari DJ Piring Hitam serta persembahan ‘live band’.

Selain itu juga disediakankan tempat jualan untuk peniaga kecil dan bumiputra sebagai medium memasarkan serta memperkenalkan produk jualan mereka kepada pengunjung.

Apa yang lebih menarik, acara pada kali ini menerima sokongan serta penajaaan dari pihak Malaysia Automotive Robotics ioT Institute (MARii), Surico Malaysia dan Maktok Maruku selaku penaja utama selain beberapa penajaan dari pelbagai pihak serta sokongan penuh pihak berkuasa tempatan.

Ia juga dilaksanakan dalam suasana baharu dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pada hari pertama dimulakan dengan pertandingan autoshow dan dimeriahkan lagi dengan persembahan 40 kereta audio dari peserta audio Kedah.

Selain itu, setiap peserta dan pengunjung yang hadir layak untuk mendapatkan satu tiket cabutan bertuah dengan setiap pembelian t-shirt rasmi.

Hadiah ditawarkan untuk dua hari berturut-turut iaitu Honda C70 sumbangan dari Surico Malaysia yang sudah dibaik pulih sepenuhnya oleh Wira Motor Jitra pada sesi cabutan bertuah hari pertama dan keesokannya pula set rim sukan 14 bintang sumbangan dari Atara Racing. 

Hari kedua acara diteruskan pada sebelah pagi dengan kehadiran hampir 500 kenderaan retro. Pelbagai acara dan pertandingan diadakan kepada peserta gathering dan pengunjung yang datang. Pada kemuncak acara diadakan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah Honda C70 yang dimenangi Rodzalli Razak Zali. 

Pada hari terakhir, himpunan Saga Big Day Out yang berjaya menghimpunkan hampir 200 Proton Saga dari pelbagai generasi.

Gambar/teks: Raziman SiPico

GALERI GAMBAR

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here