Batur Black Rose yang istimewa, 1 daripada 18, 1 daripada 3 Batur pemanduan kanan

50

Bentley Batur untuk individu ultra kaya memandu coupé Grand Tourer (GT). Batur diperkenalkan pada Ogos 2022 dan pengeluaran dihadkan sebanyak 18 unit sahaja.

Batur merupakan hasil kerja Mulliner Bespoke Studio, bahagian penyesuaian (customisation) Bentley.

Honda
Honda

Pelanggan diberi peluang sekali lagi apabila Bentley mengumumkan Batur Convertible (bumbung boleh buka) pada Mei 2024.

Pengeluaran lebih terhad iaitu 16 unit sahaja. Kereta sebegini dibuat mengikut citarasa pelanggan dan salah satu daripadanya adalah Black Rose Batur.

Lebih terhad, ‘Mawar Hitam’ ini satu daripada tiga Batur dengan pemanduan kanan.

Unit ini hasil daripada proses kerjasama intensif di antara pelanggan dan pasukan reka bentuk Mulliner.

Warna khas Black Rose metalik dibuat mengikut kehendak pelanggan dengan bahagia atas dalam warna Beluga kilat dengan riasan Satin Rose Gold pada elemen utama luaran.

Riasan Satin Rose Gold dibuat pada jeriji hadapan, jalur hiasan endless bonnet line, perumah cermin sisi, kit badan bawah dan rim tiga warna.

Cakera seramik karbon dengan angkup hitam dan tulisan Bentley menyerlah di sebalik rim berbilah saiz 22 inci.

Bahagian dalaman Batur Black Rose dibanjiri kemewahan. Bukan sahaja mewah secara visual tetapi juga dari segi fizikal.

Sehingga 210 gram emas 18-karat digunakan pada Pemilih Mod Pemanduan, Tuil Organ Stop corong udara ikonik Bentley dan penanda pada stereng.

Bentley menggunakan menggunakan teknik Additive Manufacturing (AM) untuk mencetak emas 18-karat secara tiga dimensi (3D) dan teknologi pertama dalam industri automotif. 

Bentley bekerjasama dengan tukang emas terkenal, Cooksongold, untuk menggabungkan teknologi pembuatan moden dengan bahan dan teknik tradisional.

Menariknya, Bentley menggunakan bahan mentah lestari daripada 100 peratus barang kemas kitar semula.

Semua komponen emas Batur mempunyai cap keaslian rasmi dari Birmingham’s Jewellery Quarter.

Perkakasan dalaman dibalut kulit Beluga premium, kain tweed kelabu arang. Panel venir dicat dalam warna Black Rose metalik untuk kesegeraman dengan luaran.

Enjin W12 dalam Batur berasal daripada Continental GT 2003 dan telah memainkan peranan besar dalam kejayaan Bentley sebagai jenama automotif mewah.

Bentley terus meningkatnya dari semasa ke semasa dan menjadi lebih berkuasa dan cekap pada setiap generasi.

Kini, ketika Bentley beralih ke era elektrifikasi, enjin W12 dalam Batur menjadi simbol penghormatan terakhir sebelum dihentikan.

Dibekalkan kuasa 750PS, ini adalah enjin W12 paling berkuasa yang pernah dibuat oleh Bentley.

Di antara perubahan seperti pengecas turbo yang diubah suai, intercooler yang diperbaharui serta penentukuran baharu untuk enjin dan transmisi.

Spesifikasi Enjin & Prestasi Bentley Batur

  • Jenis Enjin: 6.0L W12 turbo berkembar TSI
  • Transmisi: Automatik dwi-klac 8 kelajuan, pacuan semua roda aktif (AWD), eLSD
  • Kuasa Maksimum: 750 PS (740 BHP / 552 kW) @ 5,500 rpm
  • Tork Maksimum: 1,000 Nm @ 1,750-5,000 rpm
  • Pecutan 0-100 km/j: Bawah 3.4 saat
  • Kelajuan Maksimum: 337 km/j 
  • Sistem Brek: CSiC dengan cakera 440mm (hadapan) & angkup 10 piston

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here