Bos bengkel seorang wanita cantik, pelanggan lelaki ‘menggatal’ datang servis kereta

2004

Seorang mekanik wanita dari Filipina tular di media sosial kerana wajahnya yang cantik sekali gus menarik perhatian ramai.

Tantin Legaspi Meneses, 26 merupakan model sambilan dan sudah 10 tahun terlibat dalam  bidang permotoran manakala memegang spana pada usia 15 tahun. 



Menurutnya, dia sering menjadi sasaran lelaki mata keranjang yang mengajak bertemu janji selepas membaiki kenderaan mereka. Situasi tersebut bagaimanapun tidak pernah menggugatnya kerana dia memberi perhatian penuh kepada pekerjaannya.

“Ramai lelaki yang mengajak saya bersembang ketika saya sedang membaiki kenderaan mereka. Saya cuma ingin segera menyiapkan kerja tanpa sebarang gangguan.

“Lama-kelamaan, saya hanya mengabaikan mereka. Saya tidak menjadi mekanik untuk lelaki atau bagi menarik perhatian sesiapa. Saya melakukannya untuk diri sendiri,” katanya.

Dia yang sememangnya bercita-cita untuk menjadi mekanik di bangku sekolah, Tantin kemudian menyambung pengajiannya dalam kursus automatif pada usia 19 tahun.

Kini, dia menjadi mekanik di bengkel miliknya sendiri.

“Sebagai seorang model sambilan, saya perlu bersolek, menjadi cantik dan kelihatan glamor. Namun kemudiannya, tangan saya akan menjadi kotor dan tidak mandi. 

“Fokus saya adalah untuk membaiki kereta dan saya amat sukakannya,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here