Suzuki Malaysia rasmi lancar GSX-R150 dan GSX-S150, harga mula RM11k

1508

Suzuki Malaysia rasmi memperkenalkan sportbike Suzuki GSX-R150 dan naked bike Suzuki GSX-S150 ke pasaran tempatan.

Harga jualan bagi model tersebut ialah:



  • Suzuki GSX-R150: RM11,329
  • Suzuki GSX-S150: RM10,289

Kedua-dua model hanya berbeza daripada segi penampilan fairing bagaimanapun menggunakan enjin yang sama iaitu 150cc.

Enjin silinder tunggal sejukan cecair itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 18.9hp @ 10,500rpm dan tork 14Nm @ 9,000rpm bersama transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Keupayaan menghentikan atau memperlahankan jentera diserahkan kepada brek cakera bersaiz 290mm di depan dan 187mm di belakang. Sementara suspensi depan menggunakan jenis teleskopik dan belakang swingarm.

Selain itu, Suzuki turut menawarkan kluster instrumen digital, sistem penghidup tanpa kunci (keyless), dan lampu utama LED.

Suzuki GSX-R150 hadir dengan dua warna dan grafik menarik iaitu Metallic Triton Blue dan Red Titan Black, sementara GSX-S150 pula ditawarkan dalam warna Aura Yellow/Pearl Brilliant White atau Metallic Triton Blue.

GALERI

Suzuki GSX-R150

Suzuki GSX-S150

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here